Wednesday, 4 July 2012

Aku seekor nyamuk Aedes

Aku merupakan nyamuk genus yang asalnya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, namun telah tersebar disebabkan aktiviti manusia ke seluruh dunia kecuali antartika. Namaku diperolehi daripada perkataan Yunani Kuno aedes, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana aku menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Aedes albopictus, saudaraku, merupakan spesies yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Aedes aegypti, sepupuku, juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning. Kitaran hidup kami bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu. Jadi, Jaga-jaga.

No comments:

Post a Comment