Siapakah yang terlibat dalam klip video ini?
Berdasarkan klip video di atas, ia melibatkan watak Si Tanggang, Jelutung dan rakan-rakannya serta ibu Tanggang.
Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat?
- Jelutung dan rakan-rakan telah meminta Tanggang sedikit pisang yang dibawanya tetapi Tanggang enggan.
- Ibunya bertanya di mana Tanggang mendapat pisang itu. Tanggang memberitahu bahawa dia telah diberi pisang itu setelah menolong orang kaya membersihkan semaknya. Ibu Tanggang pula telah membuat pisang salai untuknya.
- Si Tanggang telah disengat lipan ketika dia dan ibunya di hutan mencari cendawan. Ibunya telah membunuh lipan itu lalu mengubat Tanggang semampu mungkin.
Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
- Mungkin Jelutung dan rakan-rakannya suka membuli Tanggang kerana Tanggang dari keluarga miskin dan dia tidak kelihatan ada kawan.
- Ibunya telah memasak pisang salai kerana dia tahu itu makanan kegemaran Tanggang.
- Tanggang dan ibunya mencari cendawan di hutan kerana cendawan mungkin menjadi bahan makanan mereka. Cendawan di hutan juga percuma.
Di mana perkara itu dilakukan?
- Adegan ini berlaku di kampung
- Di rumah Tanggang
- Dan di hutan
Bila perkara/kelakuan ini berlaku?
- Ia mungkin berlaku sepanjang hari sehingga adegan itu menunjukkan Tanggang dewasa.
Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
- Jelutung dan rakan-rakannya telah mengejar Tanggang sampai ke rumah. Tanggang dapat menyelamatkan dirinya kerana Jelutung dan rakan-rakan tidak berani mengusik Tanggang lagi ketika melihat ibu Tanggang ada di sisinya.
- Ibunya telah memasak pisang yang dibawa Tanggang dengan menggunakan peralatan di dapur yang kelihatan buruk dan usang itu. Dia masak menggunakan kayu sebagai bahan api.
- Tanggang dan ibunya mencari cendawan dengan memetik cendawan-cendawan yang tumbuh pada pokok-pokok dan juga yang ada pada tanah-tanah sekeliling kawasan hutan itu.
Perasaan watak-watak?
- Mungkin Jelutung dan rakan-rakannya berasa terkilan dan hampa kerana Tanggang berjaya melarikan diri daripada mereka.
- Ibunya sayang kepada Tanggang sehingga dia tahu makanan kegemaran anaknya itu iaitu pisang salai.
- Ketika disengat lipan, Tanggang kelihatan menangis dan ibunya pula mungkin berasa cemas lalu terus membunuh lipan itu dan mendukung Tanggang pulang ke rumah.
Perasaan kamu mengenai adegan itu?
- Saya berasa cemburu dengan hubungan Tanggang dan ibunya. Ini kerana saya banyak meluangkan masa bersama ibu saya, jadi saya jarang dapat melihat kasih sayang ibu terhadap saya.
Apakah yang kamu pelajari daripada adegan itu?
- Saya pelajari bahawa kadang-kadang akan ada orang atau kawan yang akan mengusik kita. Tetapi kita tidak perlu melawan, jauhkan diri kita daripada mereka.
- Saya juga pelajari tentang kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibu Tanggang kepadanya. Dia menjaga Tanggang seperti menatang bagai minyak yang penuh.
Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu dalam kehidupan kamu seharian?
- Saya akan ikut langkah Tanggang yang suka membantu orang lain. Saya juga akan melakukan demikian. Kerana jika kita suka membantu, orang akan suka pada kita.
- Saya juga akan cuba meluangkan masa lebih bersama ibu untuk merapatkan hubungan saya dan dia.
No comments:
Post a Comment