Thursday, 26 July 2012

Ada apa pada gambar 2 ?

Ada apa pada gambar ini???
Dalam gambar ini, terdapat beberapa murid darjah yang sedang bermain congkak. Ada juga daripada mereka sedang memerhatikan permainan itu yang dimainkan oleh rakan-rakannya. Kemungkinan, mereka bermain congkak selepas sekolah, di dalam bilik darjah kerana mereka sedang memakai seragam sekolah. Mungkin, pada hari itu adalah hari keharmonian kaum. Malah, mereka bermain permainan tradisional melayu. Dua budak perempuan sedang bermain congkak sambil duduk bertentangan. Sedang mereka bermain congkak, rakan-rakan mereka memerhatikan langkah mereka. Jika saya berada dalam gambar ini, saya akan berasa meriah kerana saya suka bermain congkak. Apatah lagi, bermain bersama saudara-mara saya.

Tuesday, 24 July 2012

Permainan dahulu dan sekarang


Kongsi pandangan kamu tentang soalan-soalan ini. Setiap soalan dalam 80 patah perkataan.

  1.  Permainan tradisonal menarik.Berikan pendapat kamu


Permainan menarik saya adalah Gasing. Gasing adalah menarik kerana permainan ini susah untuk mengimbangi gasing itu. Kalau saya dapat mengimbang Gasing itu, ia sangat menakjubkan kerana saya baru sahaja belajar bermain.

Wednesday, 4 July 2012

Aku seekor nyamuk Aedes

Aku merupakan nyamuk genus yang asalnya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, namun telah tersebar disebabkan aktiviti manusia ke seluruh dunia kecuali antartika. Namaku diperolehi daripada perkataan Yunani Kuno aedes, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana aku menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Aedes albopictus, saudaraku, merupakan spesies yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Aedes aegypti, sepupuku, juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning. Kitaran hidup kami bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu. Jadi, Jaga-jaga.

Cara-cara kita boleh mencegah demam denggi


Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk.Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik  ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali